Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 sekolah rendah di Punggol mula manfaatkan kuasa tenaga suria

Tiga buah sekolah rendah di Punggol mula memanfaatkan bekalan elektrik yang dijana daripada panel-panel suria sedang Singapura mengorak langkah ke arah sasarannya bagi sekurang-kurangnya 20 peratus sekolah neutral karbon menjelang 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
3 sekolah rendah di Punggol mula manfaatkan kuasa tenaga suria

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 01 Jun 2021 01:58PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 02:00PM

SINGAPURA: Tiga buah sekolah rendah di Punggol mula memanfaatkan bekalan elektrik yang dijana daripada panel-panel suria sedang Singapura mengorak langkah ke arah sasarannya bagi sekurang-kurangnya 20 peratus sekolah neutral karbon menjelang 2030.

Sistem suria di atas bumbung bangunan dipasang di Sekolah Rendah Horizon, Sekolah Rendah Compassvale dan Sekolah Rendah Edgefield pada penghujung April, menurut Sunseap Group pada Selasa (1 Jun).

Sistem-sistem itu masing-masing akan menjana 397.44 kilowatt pada kadar terbaik (kWp), 190.44 kWp dan 389.16 kWp tenaga - cukup untuk membekalkan tenaga elektrik kepada 297 flat empat bilik apabila digabungkan, menurut penyedia huraian tenaga suria tempatan itu.

Sunseap menyatakan ia juga akan memasang panel-panel suria di enam lagi buah sekolah: Sekolah Rendah Anderson, Sekolah Menengah Kranji, Catholic High School (Sekolah Rendah), Sekolah Perempuan Methodist (Sekolah Rendah dan Menengah) serta Sekolah Rendah Tampines.

Pada awal tahun ini, Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan bahawa melengkapkan sekolah dengan panel-panel suria secara bertahap-tahap adalah satu cara ia merancang untuk mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2030.

Sasaran itu pertama kali diumumkan pada Februari dengan pelancaran Pelan Hijau Singapura.

MOE juga menyatakan ia sedang berusaha ke arah pengurangan pengeluaran karbon sebanyak dua pertiga daripada sektor sekolah menjelang 2030.

Setakat Mac, panel-panel suria dipasang secara bertahap-tahap di bumbung bangunan sekitar 130 sekolah dalam program SolarNova.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan