Images
  • pathlight
    Pelajar di Sekolah Pathlight.

3 sekolah baru, lebih banyak inisiatif sokongan bagi pelajar keperluan khas

SINGAPURA: Selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menyokong para pelajar keperluan khas (SEN), beberapa inisiatif diumumkan hari ini (8 Nov).

MOE akan mempertingkatkan inklusiviti di sekolah-sekolah aliran utama, meningkatkan kemampuan dan kemudahan sekolah Pendidikan Khas (SPED).

Inisiatif terbaru itu diumumkan oleh Menteri Kedua Pendidikan Indranee Rajah

Dua program intervensi dipanggil "Sekalung Teman" dan "Cekal Hati" bagi para pelajar keperluan khas (SEN) akan diperluaskan kepada semua sekolah aliran utama dalam masa beberapa tahun lagi.

Program-program tersebut akan menyediakan sokongan kepada para pelajar untuk membantu rakan sekolah yang mungkin memerlukan sokongan sosial atau emosi.

Tambahan lagi, MOE akan memastikan SPED boleh dimampui.

Mulai Januari tahun depan misalnya, enam sekolah SPED akan mengurangkan yuran bayarannya antara 25 peratus hingga 40 peratus bagi rakyat Singapura.

Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Eden, Sekolah Grace Orchard, Sekolah Pathlight, Pusat Rainbow Centre - Margaret Drive, Pusat Rainbow - Yishun Park dan Sekolah Autisme St Andrew's.

Tiga sekolah SPED baru pula akan dibangunkan dalam masa beberapa tahun.

Dengan kerjasama Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA), ia dibina bagi menampung permintaan meningkat bagi sekolah-sekolah untuk pelajar SEN dengan autisme. 

- CNA/SY/fz

Top