Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 rakyat S'pura maut, 1 cedera dalam kemalangan di lebuh raya Arizona

Tiga rakyat Singapura maut dan seorang lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat pada Jumaat (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2017 09:45PM Dikemas Kini : 28 Dec 2017 12:00AM

SINGAPURA: Tiga rakyat Singapura maut dan seorang lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat pada Jumaat (22 Dis).

Empat individu itu sedang dalam perjalanan ke Grand Canyon di Arizona dengan menaiki kereta sedan Hyundai, apabila ia bertembung dengan sebuah van.

Kereta Hyundai itu sedang bergerak ke arah utara di State Route 64 dan "melepasi garisan pembahagi jalan lalu bertenbung dengan sebuah van jenis Dodge berwarna hijau yang menghala ke arah selatan", menurut Jabatan Keselamatan Awam Arizona dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp mengenai insiden tersebut.

"Van itu terbabas dan masuk ke dalam gaung. Kereta Hyundai tersebut pula kemudian bertembung dengan sebuah lagi kenderaan."

Pemandu kereta Hyundai itu dan dua lagi penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang dalam kereta yang sama dikejarkan ke Pusat Perubatan Flagstaff.

Pemandu van Dodge itu juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan empat penumpangnya dikejarkan ke Pusat Perubatan Flagstaff.

Tiada kecederaan dilaporkan dialami oleh pemandu atau penumpang kenderaan ketiga.

Mediacorp difahamkan rakyat Singapura yang cedera itu sekarang dalam keadaan stabil dan masih ditahan di hospital.

Jabatan Keselamatan Awam Arizona menyatakan ia tidak akan mendedahkan identiti mereka yang terkorban sehingga semua anggota keluarga sudah dimaklumkan.

Mediacorp difahamkan Konsulat Agung Singapura di San Franciso sedang menghulurkan bantuan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan