Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 rakyat S'pura antara 37 kes import COVID-19

Singapura melaporkan 38 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (13 Jan), umum Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
3 rakyat S'pura antara 37 kes import COVID-19
Diterbitkan : 13 Jan 2021 11:33PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 11:35PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 38 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (13 Jan), umum Kementerian Kesihatan (MOH).

Satu kes ditemui di dormitori pekerja asing. Tiada kes baru dilaporkan dalam masyarakat.

Seramai 37 kes diimport dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, dedah MOH.

Menurut MOH lagi, kes yang ditemui di dormitori pekerja asing itu tiada kaitan dengan kes lain. Kes 59243 adalah pemegang permit kerja yang tiba dari India pada 11 Disember 2020, dan menjalani SHN di sebuah kemudahan khas sehingga 25 Disember.

Dia didapati negatif COVID-19 apabila menjalani ujian swab pada 21 Disember.

MOH menyatakan bahawa dia tinggal di Seatown Dormitory dan bermula bekerja di sektor binaan pada 6 Januari 2021. Dia diuji negatif COVID-19 sekali lagi pada 27 Disember.

Bagaimanapun dia didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian seterusnya sebagai sebahagian daripada Ujian Rutin Dijadual (RRT).

Disebabkan tempoh masa lama antara masa perjalanannya dan ujian positif COVID-19, MOH mengklasifikasikan kes itu sebagai kes jangkitan tempatan, sambil menunggu siasatan epidemiologi dilaksanakan.

Semua kontak rapat yang dikenal pasti, termasuk anggota keluarga dan rakan kerja sudah diasingkan dan dikuarantin. Mereka juga akan diuji pada awal dan akhir tempoh kuarantin menurut MOH.

3 RAKYAT S'PURA ANTARA 37 KES IMPORT

Tiga kes import adalah rakyat Singapura manakala lima merupakan penduduk tetap yang pulang dari Perancis, India, Indonesia, UK dan Amerika Syarikat.

Satu kes melibatkan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Indonesia. Lagi 4 kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari India dan UAE.

Selain itu, 21 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Filipina, termasuk 8 adalah pembantu rumah asing.

Baki tiga kes (kes 59235, 59236 dan 59238) adalah pemegang permit jangka pendek yang. Kes 59235 dan 59236 adalah anggota keluarga rakyat Singapura atau penduduk tetap yang masing-masing tiba dari Poland dan India. Kes 59238 tiba dari Brazil untuk menyertai acara eSport.

Manakala, kes 59229 adalah kakitangan kapal yang bertugas di NewOcean 6. Dia dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 588121 dan dikuarantin pada 31 Disember.

28 LAGI PESAKIT PULIH

Sebanyak 28 lagi kes COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah pulih kepada 58,722.

Terdapat 56 kes yang masih berada di hospital, sebilangan besarnya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Satu kes dirawat di unit jagaan rapi.

Lagi 177 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan