3 penyelidik dari AS, Britain menang Hadiah Nobel Perubatan
Tiga penyelidik dari Amerika Syarikat dan Britain dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Perubatan kerana berjaya menjalankan kajian tentang bagaimana sel-sel manusia mengesan dan berubah mengikut kadar oksigen dalam tubuh.
STOCKHOLM: Tiga penyelidik dari Amerika Syarikat dan Britain dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Perubatan kerana berjaya menjalankan kajian tentang bagaimana sel-sel manusia mengesan dan berubah mengikut kadar oksigen dalam tubuh.
Kajian itu sekali gus membuka laluan kepada usaha melakar strategi-strategi baru bagi melawan penyakit seperti barah dan anemia.
Antara penemuan kajian kumpulan itu termasuk fungsi gen EPO yang merangsang penghasilan lebih banyak sel darah merah apabila kadar oksigen menjadi rendah.
Kadar oksigen dalam tubuh boleh terjejas kerana pelbagai faktor termasuk apabila ada ketumbuhan yang menyebabkan sel barah merebak.
Bagaimana tubuh memberikan respons terhadap kadar oksigen tidak begitu diketahui sebelum ini.
Berkat kajian tiga penyelidik itu, ujian sudahpun dijalankan untuk menghasilkan ubat-ubatan yang mungkin mampu melumpuhkan pertumbuhan tumor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.