Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 pengarah City Harvest yang sedang jalani hukuman atas kesalahan pecah amanah tidak terjejas

Pendakwa raya tidak berhasrat untuk memfailkan sebarang pemohonan berhubung tiga pengarah yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan pecah amanah (CBT).

Anggaran Waktu Membaca:
3 pengarah City Harvest yang sedang jalani hukuman atas kesalahan pecah amanah tidak terjejas

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, K Shanmugam di Parlimen 20 Mac 2018.

Diterbitkan : 20 Mar 2018 04:20PM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 07:06PM

SINGAPURA: Pendakwa raya tidak berhasrat untuk memfailkan sebarang pemohonan berhubung tiga pengarah yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan pecah amanah (CBT), meskipun keputusan berhubung Gereja City Harvest (CHC) baru-baru ini mengecualikan pemimpin-pemimpinnya daripada hukuman yang serupa.

"Ketiga-tiga daripada mereka mengaku bersalah di bawah seksyen 409. Mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman sebelum Mahkamah Tinggi mengubah takrifan undang-undang mengenai seksyen 409 dalam Kanun Jenayah," kata Menteri Undang-Undang K Shanmugam di Parlimen hari ini (20 Mac).

Seksyen 409 dalam Kanun Jenayah berhubung hukuman yang lebih berat bagi sesetengah golongan pesalah CBT termasuk hukuman penjara seumur hidup.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa "ejen" seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 409 tidak termasuk yang berikut: Para pengarah perbadanan, anggota lembaga pentabdir, pegawai utama pertubuhan amal atau pegawai persatuan.

Oleh itu, ia tidak boleh dikenakan ke atas pemimpin CHC yang menyalahgunakan lebih S$50 juta daripada dana gereja melalui skandal penipuan untuk membiayai pelibatan Ho Yeow Sun, isteri pengasas gereja tersebut, Kong Hee dalam industri musik.

Encik Shanmugam memberitahu Dewan bahawa ketiga-tiga pengarah yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman di bawah seksyen 409 itu sedang menjalani program kemasyarakatan buat masa ini termasuk tahanan di rumah. Mereka dijadualkan untuk dibebaskan dalam beberapa minggu antara Mei dengan Jun tahun ini.  

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan