Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 pegawai CNB didakwa setelah sampel air kencing ditukar

 Tiga pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) didakwa pada Jumaat (18 Okt) setelah satu sampel air kencing ditukar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2019 01:52PM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 12:27AM

SINGAPURA: Tiga pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) didakwa pada Jumaat (18 Okt) setelah satu sampel air kencing ditukar.

Para pegawai itu ialah Staf Sarjan Abdul Rahman Kadir, 43 tahun, Staf Sarjan Mohamed Hafiz Lan, 41 tahun, dan Sarjan Muhammad Zuhairi Zainuri, 31 tahun, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan media.

Kesemua mereka didakwa atas tuduhan bersubahat dengan niat menghalang proses keadilan dengan mengubah sampel air kencing milik Maung Moe Min pada 16 Ogos 2018.

Hafiz dituduh menggantikan sampel air kencing Maung dengan air kencingnya di tandas di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Dengan melakukan itu, ia membenarkan Maung lulus Ujian Air Kencing (IUT).

CNB merujuk kes itu kepada CPIB, menurut kenyataan media itu.

Dalam satu kenyataan media berasingan pada Jumaat, CNB menyatakan: "Semasa satu siasatan dadah dijalankan, kami mendapati kemungkinan salah laku oleh tiga pegawai CNB.

Kami merujuk isu itu kepada CPIB untuk menjalankan siasatan, dan memberikan kerjasama penuh kepada CPIB semasa siasatannya."

CNB menambah bahawa ia "tidak membiarkan sebarang perbuatan salah laku" oleh para pegawainya dan ia "memandang serius segala aduan atau dakwaan yang dibuat terhadap" mereka.

Dalam kenyataannya, CPIB menyatakan: "Singapura mengambil pendekatan tidak bertolak ansur terhadap rasuah".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan