Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 MOU dimeterai perkukuh keupayaan AI dalam kelompok kejuruteraan

Tiga perjanjian ditandatangani hari ini (21 Nov) bagi memperkukuhkan lagi keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) dan membangunkan bakat tempatan dalam kelompok kejuruteraan. 

Anggaran Waktu Membaca:
3 MOU dimeterai perkukuh keupayaan AI dalam kelompok kejuruteraan

(Gambar: Facebook/The Institution of Engineers, Singapore)

Diterbitkan : 21 Nov 2020 06:49PM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 06:57PM

SINGAPURA: Tiga perjanjian ditandatangani pada Sabtu (21 Nov) bagi memperkukuhkan lagi keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) dan membangunkan bakat tempatan dalam kelompok kejuruteraan.

AI Singapore akan bekerjasama dengan sektor swasta bagi meneroka huraian menggunakan teknologi itu dalam bidang-bidang seperti pengangkutan. 

Di samping itu akan ada juga program-program pembelajaran dan pembangunan bagi jurutera.

Berucap di sambutan Hari Jurutera Kebangsaan, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata pandemik COVID-19 menunjukkan pentingnya inovasi dalam kejuruteraan terutama sekali dengan teknologi seperti alat pengimbas suhu AI dan robot pembasmi kuman yang dihasilkan bagi memenuhi cabaran-cabaran masa kini.

"Semua inovasi ini, jika digabungkan dengan perkembangan teknologi yang pesat, menjadikan kejuruteraan sebagai bidang kerjaya yang lebih menarik. Dengan asas kukuh dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, generasi muda kita berada dalam kedudukan yang baik untuk tidak hanya menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan, tetapi memberi kesan positif pada masa depan Singapura dan dunia," kata Cik Fu. 

Sumber : CNA/NF/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan