Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki warga M'sia diberkas, 3,409 karton rokok disita Kastam S'pura

Pihak Kastam Singapura menahan tiga lelaki Malaysia dan merampas 3,409 karton rokok yang tidak dibayar cukai dari sebuah gudang awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2019 04:42PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 09:50PM

SINGAPURA: Pihak Kastam Singapura menahan tiga lelaki Malaysia dan merampas 3,409 karton rokok yang tidak dibayar cukai dari sebuah gudang awal bulan ini.

Cukai dan GST yang dielakkan berjumlah lebih daripada S$300,000.

Siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki berusia antara 23 dan 51 tahun itu dikerahkan oleh seorang yang tidak dikenali untuk mendapatkan rokok-rokok dari gudang di Gambas Crescent.

Mereka juga disuruh untuk membungkus rokok, yang disembunyikan dalam kabel wayar, untuk dihantar ke daerah tertentu di Singapura.

Sesiapa yang melakukan kesalahan berkaitan barang tidak dibayar cukai boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan