Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki disyaki terlibat jualan haram minyak gas marin diberkas

 Tiga lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan haram minyak gas marin, menurut polis dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki disyaki terlibat jualan haram minyak gas marin diberkas

Kapal Polis Pengawal Pantai melakukan rondaan di perairan S'pura. (Gambar fail: Vivek Prakash/Reuters)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 08:47PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 08:52PM

SINGAPURA: Tiga lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan haram minyak gas marin, menurut polis dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (27 Ogos).

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 22 hingga 30 tahun merupakan anak kapal sebuah bot yang didaftar di luar negara.

Mereka diberkas oleh Polis Pengawal Pantai (PCG) dalam satu operasi yang dijalankan bersama Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Ahad (26 Ogos) di kawasan perairan luar utara Tuas.

Bot berkenaan dan wang tunai S$3,501 dirampas untuk siasatan.

Ketiga-tiga lelaki itu akan didakwa pada Selasa (28 Ogos) kerana dipercayai menerima secara tidak jujur harta benda yang dicuri. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

"PCG dan MPA memandang serius urus niaga haram minyak marin di kawasan perairan Singapura," kata polis. "PCG akan terus menjalankan tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan keselamatan bagi mencegah, menghalang dan mengesan kegiatan haram seumpama itu di perairan Singapura." 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan