Images
  • liu kai burial
    Gambar: Howard Law

3 lelaki didenda; sebarkan gambar nahas Bionix yang ragut jiwa NSF Liu Kai

SINGAPURA: Tiga lelaki dikenakan denda di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan gambar-gambar mengenai kemalangan kenderaan tentera Bionix yang meragut nyawa Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai.

CFC Liu sedang memandu Land Rover semasa menjalani latihan tahun lalu apabila kenderaan Bionix itu bergerak ke belakang dan melanggarnya.

Anggota NS sepenuh masa SCDF, Muhd Arif Azman, didenda S$3,000 kerana bersalah bagi beberapa tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Arif memetik dua gambar kemalangan itu dan mengirimnya kepada sebuah kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada para anggota SCDF dulu dan sekarang.

Beliau juga gagal mematuhi perintah komander balai bomba agar menghapuskan gambar-gambar itu.

Brandon Tan dan Muhd Zaki Mokhtar pula masing-masing didenda S$1,500 kerana menyebarkan gambar-gambar tersebut.

Dua lagi anggota SCDF yang berada di tempat kejadian sedang menunggu kes mereka dibicarakan.

Seorang daripada mereka, Mohd Haikal Mohd Zainal Abiddin, turut mengambil gambar-gambar kemalangan itu dan menyebarnya di WhatsApp.

Pegawai Land Rover berkenaan pula, Kapten Ong Lin Jie, dikenakan tuduhan bertindak cuai hingga menyebabkan kematian.

- CNA/SY/fz

Top