Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kes di Serangoon Gardens, kelompok Zika pertama tahun ini

Tiga kes jangkitan Zika yang merebak secara tempatan sudah disahkan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (13 Sep), menjadikannya kelompok Zika pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
3 kes di Serangoon Gardens, kelompok Zika pertama tahun ini

(Gambar: AFP/Marvin Recinos)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 08:49PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:51PM

SINGAPURA: Tiga kes jangkitan Zika yang merebak secara tempatan sudah disahkan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (13 Sep), menjadikannya kelompok Zika pertama tahun ini.

Ketiga-tiga pesakit yang dijangkiti adalah penduduk di Hemsley Avenue di Serangoon Gardens.

Menurut NEA, lokasi itu berhampiran dengan kelompok di Bridport Ave/Cowdray Ave/Huddington Ave/Portchester Ave/ Tavistock Ave. Lapan kes denggi dilaporkan di kawasan itu pada 20 Ogos.

"Para penduduk dan pihak-pihak berkepentingan digesa kekal berwaspada dan terus membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk. Ini kerana ada kemungkinan kes-kes yang tidak menunjukkan simptom atau kes ringan yang tidak didiagnos, akan menyebabkan penularan lanjut virus itu jika ada nyamuk dalam kawasan berdekatan," tambah agensi pemerintah itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan