Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kes dalam masyarakat, semuanya tidak berkait, antara 9 jangkitan baru COVID-19 di Singapura

Singapura melaporkan tiga kes baru COVID-19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Jumaat (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
3 kes dalam masyarakat, semuanya tidak berkait, antara 9 jangkitan baru COVID-19 di Singapura

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 04:18PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 04:21PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan tiga kes baru COVID-19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Jumaat (11 Jun).

Kesemunya tidak berkait setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan awalnya.

Terdapat juga enam kes import yang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura. Lima daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang.

Tiada kes jangkitan baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Keseluruhannya, sembilan kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Jumaat.

Butirannya akan diumumkan malam nanti, kata MOH.

Sehingga hari ini, Singapura mencatat 62,245 kes COVID-19 dan 34 kematian.    

Sumber : CNA/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan