Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kenderaan bertembung di Bras Basah Road; 5 orang cedera

Lima orang dikejarkan ke hospital setelah sebuah kemalangan melibat beberapa kenderaan berlaku di Bras Basah Road pada petang Rabu (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
3 kenderaan bertembung di Bras Basah Road; 5 orang cedera

5 orang dikejarkan ke hospital setelah kemalangan berlaku di Bras Basah Road pada 21 Ogos 2019. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 07:34PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 07:36PM

SINGAPURA: Lima orang dikejarkan ke hospital setelah sebuah kemalangan melibat beberapa kenderaan berlaku di Bras Basah Road pada petang Rabu (21 Ogos).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan berhubung kejadian di 75 Bras Basah Road itu pada sekitar 4.30 petang dan mengerahkan tiga ambulans ke tempat kejadian.

"Terdapat lima mangsa cedera kesemuanya," menurut SCDF sambil menambah bahawa seorang daripadanya dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) manakala lagi empat pula dihantar ke Hospital Raffles.

Menurut SCDF, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan.

Gambar-gambar kemalangan itu menunjukkan bahagian belakang sebuah kereta hitam remuk teruk akibat dilanggar.

5 orang dikejarkan ke hospital setelah kemalangan berlaku di Bras Basah Road pada 21 Ogos 2019.

Satu lagi kenderaan dilihat terduduk di atas tempat laluan pejalan kaki di luar gereja Cathedral of the Good Shepherd dengan bahagian depannya hancur setelah merempuh pagar gereja tersebut.

Para responden kecemasan dan sebuah ambulans turut berada di tempat kejadian, yang sebahagiannya dikepung oleh polis.

Polis mengepung kawasan di mana kemalangan berlaku di Bras Basah Road pada 21 Ogos 2019. 

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pertama kali membuat ciapan Twitter mengenai kejadian itu pada 4.35 petang, memberi amaran bahawa sebuah kemalangan sudahpun berlaku di Bras Basah Road menghala ke Raffles Boulevard selepas Prinsep Street. Ia turut menasihati para pengguna jalan raya supaya mengelakkan lorong kanan.

Dalam ciapan Twitter berikutnya pada sekitar 5.00 petang, LTA memberi amaran tentang keadaan sesak lalu lintas kawasan terjejas sehingga Grange Road. Satu lagi kemas keini pada 6.45 petang menyatakan kesesakan turut berlaku hingga Bideford Road. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan