Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kakitangan dikejarkan ke hospital selepas kebocoran ammonia di Boon Lay

Tiga pekerja kilang menjalani proses pembersihan bahan kimia dan dikejarkan ke hospital selepas kejadian kebocoran ammonia yang berlaku di sebuah pejabat pembekal daging di Boon Lay.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jan 2018 03:29PM Dikemas Kini : 26 Jan 2018 10:15PM

SINGAPURA: Tiga pekerja kilang menjalani proses pembersihan bahan kimia dan dikejarkan ke hospital selepas kejadian kebocoran ammonia yang berlaku di sebuah pejabat pembekal daging di Boon Lay.

Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kejadian di 1 Fishery Port Road pada sekitar 11.40 pagi hari ini (26 Jan).

Alamat itu didaftar di bawah syarikat pembekal daging beku, Ben Foods.

Menurut SCDF, kebocoran itu berlaku di sebuah bilik pendinginan, di tingkat satu bangunan. Bilik itu sudah ditutup oleh syarikat berkenaan dan para kakitangannya dipindahkan sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.

SCDF kemudian menjalankan proses membersihkan tiga kakitangan yang terdedah bahan ammonia dengan menggunakan air. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong bagi rawatan lanjut dalam keadaan sedar dan stabil.

Pada 1.57 petang, SCDF dilaporkan masih berada di tempat kejadian.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan