Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 hakim baru Mahkamah Tinggi dilantik

Tiga Pesuruhjaya Kehakiman dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi berkuat kuasa 1 Ogos ini, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
3 hakim baru Mahkamah Tinggi dilantik

Pesuruhjaya Kehakiman Pang Khang Chau, Audrey Lim Yoon Cheng dan Ang Cheng Hock dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 03:14PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 03:19PM

SINGAPURA: Tiga Pesuruhjaya Kehakiman dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi berkuat kuasa 1 Ogos ini, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (15 Jul).

Pesuruhjaya Kehakiman Pang Khang Chau, Audrey Lim Yoon Cheng dan Ang Cheng Hock dilantik oleh Presiden Halimah Yacob atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menurut kenyataan media PMO.

Puan Halimah turut melantik Encik Arjan Kumar Sikri sebagai Hakim Antarabangsa bagi Mahkamah Komersil Antarabangsa Singapura bermula 1 Ogos sehingga 4 Januari 2021.

Dengan pelantikan tersebut, Mahkamah Tinggi akan mempunyai 23 hakim (termasuk empat Hakim Rayuan dan seorang Hakim Besar), empat Pesuruhjaya Kehakiman, empat Hakim Kanan dan 17 Hakim Antarabangsa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan