Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 diberkas didakwa jual barangan tiruan online

Tiga lelaki berusia antara 30 dengan 45 tahun, diberkas kerana didakwa menjual barangan tiruan online.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga lelaki berusia antara 30 dengan 45 tahun, diberkas kerana didakwa menjual barangan tiruan online.

"Salah seorang daripada lelaki itu juga akan disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian online secara haram," menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Rabu (27 Okt).

Polis menyatakan serbuan dijalankan pada Isnin (25 Okt) di Jalan Sultan, Woodlands Circle dan Bedok Reservoir Road.

"Dalam operasi itu, komputer, telefon bimbit dan lebih 600 produk yang dipercayai melanggar tanda dagangan termasuk pakaian, beg dan perhiasan, dirampas," menurut polis.

Kesemua barang yang dirampas dianggarkan bernilai lebih daripada S$170,000.

Siasatan terhadap kes itu masih dijalankan.

Polis menyatakan mereka memandang serius terhadap segala bentuk aktiviti perjudian secara haram dan pelanggaran hak milik intelektual.

"Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang didapati terbabit dalam aktiviti sedemikian atau meraih keuntungan daripada perniagaan dan pelanggan yang sah," menurut SPF.

Sesiapa didapati bersalah menawarkan khidmat perjudian online secara haram boleh didenda antara S$20,000 dengan S$500,000 dan/atau dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Mereka yang didapati bersalah menjual atau mengedarkan barang-barangan dengan tanda dagangan yang palsu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan