Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 cedera selepas kereta rempuh kedai di pasar Marine Terrace

Tiga orang cedera setelah sebuah kereta terbabas dan merempuh pasar yang terletak di Marine Terrace hari ini (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
3 cedera selepas kereta rempuh kedai di pasar Marine Terrace

Kereta putih yang merempuh sebuah kedai bunga di pasar Marine Terrace. (Gambar: Catherine Ling/Facebook)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 03:04PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 03:05PM

SINGAPURA: Tiga orang cedera setelah sebuah kereta terbabas dan merempuh pasar yang terletak di Marine Terrace hari ini (9 Dis).

Demikian menurut pasukan Polis Singapura (SPF).

Insiden yang berlaku sekitar 12.30 tengah hari itu melibatkan sebuah kereta dan tiga pejalan kaki di Blok 50A Marine Terrace.

Tiga pejalan kaki yang cedera itu dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH), salah seorang daripadanya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah kereta putih yang sudah merempuh kedai bunga di pasar tersebut.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan