Images

3 cedera dalam kebakaran e-skuter di flat Cashew Road

SINGAPURA: Tiga orang mengalami luka terbakar selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat yang terletak di tingkat enam, apartmen di 132 Cashew Road, sehari sebelum Tahun Baru Cina. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook pada Selasa (5 Feb).

Tiga penghuni flat berkenaan dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) di mana mereka sedang beransur pulih daripada kecederaan yang dialami, menurut SCDF.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu berpunca daripada sebuah e-skuter yang diletakkan di dalam salah sebuah bilik tidur dalam flat berkenaan, menurut SCDF lagi.

SCDF turut mengingatkan orang ramai mengenai langkah-langkah mencegah kebakaran seumpama itu menerusi infografik keselamatan kebakaran yang dimuat naikkan di laman Facebooknya.  

- CNA/AI/aq

Top