Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 cedera, 70 dipindahkan ekoran kebakaran di flat Bukit Batok

Tiga orang cedera ekoran kebakaran yang tercetus akibat e-skuter di sebuah flat dekat Bukit Batok pada tengah malam tadi (18 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
3 cedera, 70 dipindahkan ekoran kebakaran di flat Bukit Batok

Kebakaran tercetus disebabkan dua e-skuter, kata AP Bukit Batok Murali Pillai. (Gambar: Murali Pillai/Facebook)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 02:57PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 03:00PM

SINGAPURA: Tiga orang cedera ekoran kebakaran yang tercetus akibat e-skuter di sebuah flat dekat Bukit Batok pada tengah malam tadi (18 Jul).

Sekitar 70 penduduk dipindahkan ketika kebakaran berlaku di sebuah unit tingkat 26, Blok 293D, Bukit Batok Street 21.

Sekitar 70 penduduk dipindahkan apabila kebakaran tercetus di Blok 293D, Bukit Batok Street 21. (Gambar: Murali Pillai/Facebook)

Pihak berkuasa belum mengenal pasti punca kebakaran namun Anggota Parlimen kawasan tersebut, Encik Murali Pillai, berkata ia dikesan dari dua e-skuter.

"Kebakaran melibatkan barang-barang di ruang tamu dan ia dipadamkan menggunakan dua jet air," kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam catatan Facebooknya. Ia memberikan respons kepada kejadian tersebut sekitar 12.40 malam.

Menurut SCDF, para anggota bomba - yang memakai alat pernafasan perlu memaksa masuk ke dalam flat yang terbakar itu dan menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita.

Lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedar dan beliau digegaskan ke Hospital Besar Ng Teng Fong manakala wanita itu pula dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap.

Seorang lagi lelagi warga tua cedera apabila cuba menyelamatkan diri dan beliau dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.

Pelajar, James Lum - yang tinggal di blok tersebut - berkata beliau sedang membeli makanan apabila kebakaran itu berlaku.

"Saya terdengar bunyi jeritan dan melihat kereta polis memasuki kawasan ini," kata lelaki 21 tahun itu.

"Apabila saya mendekati tempat kejadian, saya terlihat satu bentuk berwarna hitam jatuh dari langit dan jatuh ke bawah," terangnya sambil menambah bahawa beliau tidak tahu apakah objek hitam tersebut.

Apabila beliau mendongak, beliau melihat asap dan api kebakaran.

"Ia sangat mengerikan. Kami diberitahu oleh para pegawai polis supaya jangan menghampiri rumah kami," katanya.

(Gambar: James Lum)

Para pegawai bomba membenarkan penduduk terjejas pulang ke flat mereka pada sekitar 2.00 pagi.

Menurut SCDF, punca kebakaran sedang disiasat.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan