Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,300 bujang beli flat BTO sejak pemerintah ubah peraturan pada 2013

Sekitar 3,300 orang bujang menjadi pemilik flat BTO sejak pemerintah mengubah peraturan perumahan pada 2013. Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
3,300 bujang beli flat BTO sejak pemerintah ubah peraturan pada 2013

Gambar fail: OOI BOON KEONG/TODAY

Diterbitkan : 03 Mar 2018 06:22PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 06:23PM

SINGAPURA: Sekitar 3,300 orang bujang menjadi pemilik flat BTO sejak pemerintah mengubah peraturan perumahan pada 2013. Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (3 Mac).

Perubahan itu membolehkan golongan bujang berusia 35 tahun dan ke atas memohon untuk membeli flat baru di estet-estet belum matang.

Sebelum ini, golongan bujang hanya boleh membeli flat dari pasaran jual semula. Setelah peraturan itu diubah, lebih 12,000 orang bujang membuat permohonan bagi flat dua bilik yang baru.

Namun permintaan bagi flat-flat jenis itu berkurangan. Menurut HDB, secara purata 57.5 orang memohon bagi satu unit flat pada 2013 tetapi jumlah tersebut merosot kepada 5.9 pada tahun lalu.

Bekalan flat dua bilik di estet-estet belum matang pula terus kekal mantap, purata sekitar 4,000 unit setahun.

HDB menyatakan ia akan memantau permintaannya untuk menyesuaikan bekalan flat dua bilik bagi memenuhi keperluan perumahan golongan bujang. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan