Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,000 terminal derma secara elektronik disediakan jelang Jun 2021

Sekarang ia lebih mudah menderma kepada badan-badan kebajikan. Ini kerana ia boleh dilakukan melalui bayaran elektronik tanpa sentuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2020 07:01PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 10:19PM

SINGAPURA: Sekarang ia lebih mudah menderma kepada badan-badan kebajikan. Ini kerana ia boleh dilakukan melalui bayaran elektronik tanpa sentuh.

Menjelang Jun tahun depan, 3,000 terminal bagi cara menderma seperti itu akan disediakan.

Agensi perkhidmatan sosial Lion's Befrienders adalah antara yang pertama melancarkan terminal-terminal berkenaan.

Jumaat lalu, ia memasang lebih 30 terminal di cawangan-cawangan F&B.

Apabila para pelanggan membuat bayaran, mereka boleh menderma melalui ciri 'payWave' mengguna kad kredit ataupun debit. Ini merupakan kerjasama Lion's Befrienders dengan Givepls, penyedia platform digital tersebut dan GovTech.

Setakat ini, ia sudah menerima derma berjumlah S$500.

Menurut Givepls, sembilan badan kebajikan lain seperti Club Rainbow dan Food from the Heart juga tertarik untuk menyertai daya usaha itu.

Badan kebajikan Palang Merah pula akan melancarkan 20 terminal esok (1 Dis).  

Sumber : CNA/NZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan