Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,000 pasangan raih manfaat Bersamamu sejak Julai tahun lalu

Seramai 3,000 pasangan sudahpun meraih manfaat daripada program Bersamamu, sebuah inisiatif akar umbi oleh naib kadi, sejak ia dilancarkan Julai tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
3,000 pasangan raih manfaat Bersamamu sejak Julai tahun lalu

Masagos Zulkifli (kiri) dan Dr Faishal Ibrahim (kanan) bersama pasangan dan naib kadi di bawah program Bersamamu. (Gambar: Dr Faishal Ibrahim/Facebook)

SINGAPURA: Seramai 3,000 pasangan sudahpun meraih manfaat daripada program Bersamamu, sebuah inisiatif akar umbi oleh naib kadi, sejak ia dilancarkan Julai tahun lalu, kata Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Maliki Osman semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Jumaat (5 Mac).

Meskipun menyelia pendaftaran dan pernikahan serta menangani perceraian kekal sebagai peranan utamanya, Dr Maliki berkata Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan Mahkamah Syariah boleh memainkan peranan lebih penting dalam membentuk kehidupan masyarakat.

Usaha tersebut juga penting untuk terus mengukuhkan institusi agama, tekan Dr Maliki.

Ini termasuk usaha ROMM bekerjasama lebih rapat dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bagi melatih kadi dan naib kadi untuk lebih mendampingi dan menyokong para mempelai melayari alam rumah tangga.

Bermula 1 April ini, seramai 47 naib kadi juga akan terus menyokong pasangan dalam perkahwinan mereka melalui Bersamamu dan meningkatkan jumlah anggota kumpulan tersebut sekiranya perlu.

KUKUHKAN MADRASAH DEMI BANGUNKAN ASATIZAH MASA DEPAN

Sehubungan itu, dalam usaha lain untuk mengukuhkan institusi-institusi agama, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga bekerjasama dengan madrasah-madrasah, yang memainkan peranan penting dalam membangunkan asatizah masa depan.

Ini termasuk menyokong pembangunan tenaga pengajar, meningkatkan program dan kurikulum serta meningkatkan kemudahan madrasah.

"Sebagai contoh, pada Julai tahun ini, Madrasah Al-Arabiah akan membuka kampus baru secara rasmi.

"Kampus itu akan dilengkapi dengan kemudahan makmal dan sumber lebih baik bagi para pelajar, supaya asatizah muda kita boleh membina asas kukuh dalam kedua-kedua mata pelajaran agama dan sekular," dedah Dr Maliki. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan