Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

286 kemalangan libatkan kenderaan berat pada separuh pertama 2021

Jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan berat merosot sejak 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Nov 2021 08:07PM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 08:47PM

SINGAPURA: Jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan berat merosot sejak 2018.

Terdapat 268 kemalangan sedemikian pada separuh pertama tahun ini berbanding lebih 700 kes, tiga tahun lalu.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim mendedahkan demikian di Parlimen hari ini (3 Nov).

Namun, beliau tidak menjelaskan berapa banyak kenderaan berat terbabit yang digunakan untuk membawa pekerja kerana data itu tidak dipantau.

Perbincangan hal itu dibentangkan di tengah-tengah keprihatinan yang diluahkan oleh para AP terhadap keselamatan para pekerja menaiki lori.

Dr Faishal juga mendedahkan lebih 5,000 kenderaan berat didapati melakukan kesalahan trafik pada enam bulan pertama tahun ini.

Tiga kesalahan utama adalah memandu dengan laju, melanggar lampu merah dan memandu dengan cuai.

"Kami maklum akan sentiasa ada pemandu kenderaan berat yang terus memandu secara tidak betanggungjawab meskipun pemerintah sudah berusaha mendampingi mereka.

"Polis Trafik (TP) akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap para pemandu ini," kata Dr Faishal.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan