Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

275 kes baru HIV dilaporkan Jan-Okt; 95% pesakit lelaki

Hampir 280 kes baru HIV dilaporkan antara Januari hingga Oktober tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
275 kes baru HIV dilaporkan Jan-Okt; 95% pesakit lelaki

(Gambar hiasan: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 08:46PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 08:52PM

SINGAPURA: Hampir 280 kes baru HIV dilaporkan antara Januari hingga Oktober tahun ini.

Kaum lelaki adalah kumpulan majoriti yang menghidap penyakit HIV di sini.

Perangkaan terkini menunjukkan 95 peratus daripada kes yang dilaporkan pada setengah tahun pertama tahun ini terdiri daripada pesakit lelaki.

Lantaran itu, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan(HPB) menggesa kumpulan berisiko supaya membuat ujian HIV dengan kerap.

Kebanyakan daripada mereka dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks.

Lebih 53 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh hubungan homoseksual, dan hampir 40 peratus jangkitan pula menerusi hubungan heteroseksual.

Secara keseluruhannya pada tahun lalu, golongan heteroseksual membentuk 43 peratus jangkitan HIV dengan sekitar 10 peratus menerusi hubungan biseksual.  

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan