Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

26 cedera dalam nahas dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang pemandu bas dan 25 penumpang mengalami kecederaan menyusuli kemalangan berdekatan Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi tadi (20 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2017 12:51PM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 10:11PM

SINGAPURA: Seorang pemandu bas dan 25 penumpang mengalami kecederaan menyusuli kemalangan berdekatan Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi tadi (20 Dis).

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden di 21 Woodlands Crossing itu pada sekitar 6.00 pagi.

Mediacorp difahamkan bahawa kemalangan berangkai itu melibatkan kenderaan-kenderaan seperti dua treler, sebuah bas dan sebuah kereta.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke laman Facebook menunjukkan sebuah kereta yang dihimpit dua trak dengan bonetnya remuk di bawah sebuah treler.

Kesemua 26 yang cedera dikejarkan ke hospital-hospital Khoo Teck Puat, Ng Teng Fong dan Tan Tock Seng, menurut polis.

Pemandu bas dan penumpangnya cedera ringan manakala pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Seorang pejalan kaki yang berada di tempat kejadian pada sekitar 6.05 pagi berkata bahawa beliau ternampak para penumpang memanjat keluar daripada cermin depan bas kerana pintu sebelah tepinya terhadang.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan