Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

24 pemegang pas kerja dilarang kerja di S'pura kerana langgar langkah pemutus jangkitan COVID-19

Sebanyak 24 pemegang pas kerja dibatalkan permit mereka dan dilarang bekerja di Singapura buat selama-lamanya, kerana melanggar peraturan pemutus rantaian jangkitan COVID-19, dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
24 pemegang pas kerja dilarang kerja di S'pura kerana langgar langkah pemutus jangkitan COVID-19

Seorang pekerja asing kelihatan memakai pelitup dalam dormitori (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 13 Apr 2020 09:53PM Dikemas Kini : 13 Apr 2020 09:59PM

SINGAPURA: Sebanyak 24 pemegang pas kerja dibatalkan permit mereka dan dilarang bekerja di Singapura buat selama-lamanya, kerana melanggar peraturan pemutus rantaian jangkitan COVID-19, dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (13 Apr).

Para pemegang pas kerja itu didapati makan, minum dan berkumpul di sekitar Tuas View Square, sebuah bangunan kilang yang diubahsuai menjadi dormitori (FCD). Kemudahan tersebut adalah bangunan industri atau gudang yang sebahagiannya diubah suai menjadi dormitori.

Menurut MOM ia meningkatkan pemeriksaan ke atas FCD untuk memastikan langkah-langkah jarak selamat dipatuhi.

Ini termasuk memastikan pekerja duduk dalam bilik masing-masing seberapa mungkin, dan meninggalkan premis hanya jika mereka perlu membeli barangan atau ada urusan penting.

Antara 11 hingga 13 Apr, pihak berkuasa memeriksa lebih 600 dormitori diubah suai sedemikian di Sungei Kadut, Tuas dan kawasan lain merata Singapura.

"Pemeriksaan mendapati bahawa majoriti FCD (kilang yang diubahsuai jadi dormitori) melaksanakan langkah-langkah jarak selamat dan pemeriksaan kesihatan untuk penghuninya. Penghuni dormitori juga tidak mempunyai masalah berkaitan kesihatan atau gaji," kata MOM.

Kementerian itu menambah bahawa "kelemahan kecil" ditemui di 57 dormitori sedemikian, dengan isu yang paling lazim adalah kekurangan sudut khas bagi orang sakit dan kawasan pengasingan.

"Tahap kebersihan di beberapa FCD ini juga didapati tidak boleh diterima. Pengendali sudah diarahkan untuk menangani masalah dengan segera," menurut kementerian itu. "MOM akan selesai melakukan pemeriksaan baki 600 FCD dalam tempoh dua hari akan datang."

"RISIKO SERIUS" PENULARAN

MOM sebelum ini mengeluarkan nasihat kepada majikan yang menempatkan pekerja asing mereka di luar dormitori yang dibina khas, untuk mengingatkan mereka agar terus patuhi langkah jarak selamat di tengah-tengah wabak COVID-19.

Pekerja yang tinggal di dormitori seperti S11 Dormitory @ Punggol dan Westlite Toh Guan sudah mempunyai pasukan silang agensi ditempatkan, sebagai sebahagian daripada strategi Pemerintah untuk menangani peningkatan kes COVID-19 di dormitori tersebut.

Nasihat terkini MOM pada Isnin merujuk kepada dormitori yang diubah suai dari kilang (FCD), kuarters binaan sementara dan kuarters sementara yang lain.

"Sejak kebelakangan ini, lebih banyak kes COVID-19 melibatkan pemegang pas kerja asing di tempat kediaman seperti ini," kata MOM. "Terdapat risiko serius wabak menular luas di kemudahan anda."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan