Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

24 orang dicekup dalam operasi besar-besaran selama seminggu

Seramai 24 orang diberkas bagi pelbagai kesalahan dalam satu operasi selama seminggu di Sembawang, Yishun, Ang Mo Kio, Serangoon, Hougang, Sengkang dan Punggol.

Anggaran Waktu Membaca:
24 orang dicekup dalam operasi besar-besaran selama seminggu

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 03:43PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 03:47PM

SINGAPURA: Seramai 24 orang diberkas bagi pelbagai kesalahan dalam satu operasi selama seminggu di Sembawang, Yishun, Ang Mo Kio, Serangoon, Hougang, Sengkang dan Punggol.

Demikian menurut kenyataan polis hari ini (28 Nov).

Semasa operasi yang berakhir semalam (27 Nov), lima lelaki dan seorang wanita diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong dan gangguan tailong.

Sebuah telefon bimbit dan barangan yang lain dirampas, menurut polis.

Dalam kes berasingan, 16 wanita diberkas kerana menawarkan khidmat seksual secara online dan beroperasi di kawasan perumahan. Wang tunai bernilai S$3,100 dan 18 telefon bimbit dirampas.

Seorang lelaki lagi ditahan kerana mencuri sementara seorang wanita diberkas atas kesalahan berkaitan lalu lintas.

Menurut polis, operasi tersebut melibatkan para pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio, Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Seramai 504 orang, 63 kenderaan dan 46 unit kediaman dan perniagaan diperiksa.  

Sumber : CNA/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan