Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

233 kes baru COVID-19 di S'pura dengan 7 kelompok baru termasuk MBS dan McDonald's

Singapura melaporkan 233 kes baru COVID-19 pada Ahad (12 Apr), iaitu antara yang tertinggi dilaporkan bagi satu-satu hari. Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,532 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
233 kes baru COVID-19 di S'pura dengan 7 kelompok baru termasuk MBS dan McDonald's

Gambar fail Hotel Marina Bay Sands di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 13 Apr 2020 12:44AM Dikemas Kini : 13 Apr 2020 12:49AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 233 kes baru COVID-19 pada Ahad (12 Apr), iaitu antara yang tertinggi dilaporkan bagi satu-satu hari. Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,532 orang.

Satu lagi kes kini dikaitkan dengan kelompok di The Orange Ballroom yang kini mempunyai lima kes kesemuanya.

Mendedahkan demikian dalam kemas kini hariannya mengenai perkembangan COVID-19 hari ini (12 Apr), Kementerian Kesihatan (MOH) juga menyatakan 141 melibatkan para pekerja yang menginap di dormitori, tapak kerja dan kuarters lain.

Tujuh kelompok baru turut dikenal pasti, termasuk satu yang dikaitkan dengan restoran Black Tap di Marina Bay Sands, satu dengan restoran makanan segera McDonald's, dan bakinya dikaitkan dengan dormitori pekerja asing Tuas View Dormitory dan Kallang Dormitory.

Dalam kalangan kes yang diumumkan pada Ahad, empat daripadanya dikaitkan dengan kelompok jangkitan di Mustafa Center - yang kini mempunyai 82 kes disahkan.

Di antara kes-kes baru itu, 51 dikaitkan dengan kelompok jangkitan sedia ada dan 15 lagi dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini. Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas baki 167 kes.

MOH menyatakan 32 lagi kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Ini bermakna 560 pesakit sudah sembuh sepenuhnya.

Daripada 976 pesakit yang masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil dengan 31 pula dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Terdapat 988 kes yang sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19 yang kini diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. Setakat ini lapan terkorban akibat komplikasi berkait COVID-19. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/BERITAmediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan