Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

230 pelajar pos-menengah terima dermasiswa bernilai lebih $250,000

Jumlah rekod seramai 230 pelajar pos-menengah menerima dermasiswa berjumlah $252,000 hasil pemberian zakat orang ramai dan sumbangan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
230 pelajar pos-menengah terima dermasiswa bernilai lebih $250,000
Diterbitkan : 17 Sep 2016 07:47PM Dikemas Kini : 17 Sep 2016 07:57PM

SINGAPURA: Jumlah rekod seramai 230 pelajar pos-menengah menerima dermasiswa berjumlah $252,000 hasil pemberian zakat orang ramai dan sumbangan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) tahun ini.

Buat pertama kalinya juga, MTFA memberi biasiswa kepada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Tahun lalu, MTFA mengagihkan dermasiswa $196,000 kepada 130 pelajar posmenengah tempatan serta luar negara.

Demi memenuhi permintaan, MTFA meluaskan kriteria kelayakan penerima dermasiswanya daripada pendapatan per kapita $300 kepada $350.

Hasilnya, jumlah rekod 230 pelajar masing-masing menerima antara $1,000 dan $2,000 setiap seorang.

"Pada tahun ini kita tumpukan lebih perhatian kepada pihak-pihak yang melanjutkan pelajaran di ITE di mana kita mengadakan dua anugerah biasiswa khusus untuk pelajar-pelajar ITE supaya mereka diberikan semangat lagi untuk berterusan dan meningkatkan pelajaran mereka kepada tahap yang lebih tinggi lagi," Setiausaha Majlis MTFA Abdul Rahman Mohd Hanipah memberitahu BERITAMediacorp.

Seorang daripada dua penerima sulung biasiswa MTFA bagi pelajar ITE ialah Nur Sabrina Alias.

Pelajar tahun 2 di ITE Kolej Tengah itu memburu sijil Nitec Tinggi dalam Perkhidmatan Penumpang.

Ibunya diberhentikan kerja sejak April sementara bapanya bertugas sebagai pegawai keselamatan.

Sabrina masih ada adik yang sedang belajar, sementara datuk serta neneknya tinggal bersama keluarganya.

Keadaan keluarganya mendorong Sabrina untuk bekerja sambilan di SATS - dalam kerjaya yang relevan dengan bidang pengajiannya.

Di sebalik cabaran yang dihadapi, beliau berjaya memasuki Senarai Pengarah atas kecemerlangannya dalam pelajaran.

"Biasiswa ini amat bermakna kepada saya kerana ia akan mengurangkan beban kewangan saya dan ia akan membolehkan saya untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran saya. Dengan duit ini ia dapat menolong saya dalam keperluan seharian, terutamanya," kata Sabrina.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, MTFA memberi biasiswa bernilai $200,000 kepada 30 pelajar.

Ribuan lagi pelajar pos-menengah daripada keluarga memerlukan menerima dermasiswa hasil kutipan Zakat daripada orang ramai kepada MTFA. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan