Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

220 kes baru HIV dilaporkan di S'pura antara Jan hingga Okt

Sekitar 58 peratus kes dikesan melalui ujian HIV yang dilakukan semasa jagaan perubatan, tambah MOH. 

Anggaran Waktu Membaca:
220 kes baru HIV dilaporkan di S'pura antara Jan hingga Okt

(Gambar fail: Noah Seelam/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 06:20PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 06:21PM

SINGAPURA: Sebanyak 220 kes baru HIV dilaporkan pada 10 bulan pertama tahun ini melibatkan rakyat Singapura dan penduduk tetap, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (1 Dis).

Singapura melaporkan 323 kes HIV bagi seluruh tahun 2019 dan 313 pada tahun sebelum itu.

MOH menyatakan kementerian itu meneliti 125 daripada kes baru yang dilaporkan antara Januari dengan Jun.

Sebilangan besarnya yakni 90 peratus adalah golongan lelaki. Kebanyakan mereka berusia kurang 60 tahun dengan 42 peratus berusia antara 40 dengan 59 dan 37 peratus berusia 20 hingga 39 tahun.

Sekitar 54 peratus menghidap HIV tahap akhir semasa didiagnois, satu kenaikan berbanding 49 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

96 peratus daripada 125 kes tersebut mendapat jangkitan HIV menerusi hubungan seks.

Sekitar 46 peratus disebabkan hubungan seks sesama jenis, 40 peratus menerusi hubungan heteroseksual dan 10 peratus daripada hubungan biseksual.

Sekitar 58 peratus kes dikesan melalui ujian HIV yang dilakukan semasa jagaan perubatan, tambah MOH.

Hanya 15 peratus dikesan melalui pemeriksaan HIV yang dilakukan atas usaha sendiri.

MOH menggesa mereka yang berisiko dijangkiti HIV supaya kerap menjalani ujian.

Ujian HIV boleh dilakukan di poliklinik, klinik privet dan hospital. Ujian itu juga boleh dilakukan di 10 tapak ujian HIV merata Singapura yang mana maklumat peribadi tidak diperlukan semasa mendaftarkan diri. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan