Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

21 kes COVID-19 dilapor di S'pura, termasuk 3 jangkitan dalam masyarakat & 15 kes import

Singapura melaporkan 21 kes baru COVID-19 setakat sehingga 12.00 tengah hari Khamis (1 Okt), termasuk tiga kes jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
21 kes COVID-19 dilapor di S'pura, termasuk 3 jangkitan dalam masyarakat & 15 kes import

Orang ramai memakai pelitup ketika mengunjungi Marine Parade Central pada 14 Sep 2020. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 04:30PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 04:34PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 21 kes baru COVID-19 setakat sehingga 12.00 tengah hari Khamis (1 Okt), termasuk tiga kes jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini kini sebanyak 57,786.

Ketiga-tiga kes jangkitan dalam masyarakat pada hari ini melibatkan rakyat atau penduduk tetap Singapura, menurut MOH.

Terdapat 15 kes import, dengan kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Jumlah kes import hari ini adalah perangkaan tertinggi bagi kes-kes import sejak 15 Ogos, di mana sebanyak 16 kes import dilaporkan.

Butiran lanjut mengenai kes-kes baru itu akan didedahkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengumumkan awal hari ini bahawa 342 pekerja yang tinggal di dormitori Space@Tuas sudah dipindahkan ke sebuah kemudahan kuarantin pemerintah setelah satu kes COVID-19 dikesan baru-baru ini.

PELONGGARAN SEKATAN SEMPADAN BAGI SESETENGAH PENGUNJUNG

Pada Rabu (30 Sep), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan Singapura akan melonggarkan sekatan sempadan bagi sesetengah pengunjung dari Australia, kecuali wilayah Victoria, dan Vietnam mulai 8 Okt, setelah berbuat demikian untuk Brunei dan New Zealand pada awal bulan ini.

Menurut CAAS, kedua-dua negara itu berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19 dan risiko berlaku kes jangkitan import adalah rendah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan