Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2020 tahun kelapan paling panas dalam rekod S'pura

Purata suhu tahunan Singapura pada 2020 adalah 28 darjah Selsius, iaitu 0.5 darjah Selsius lebih tinggi berbanding purata jangka panjang, sekali gus menjadikannya tahun kelapan paling panas pernah direkodkan sejauh ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Anggaran Waktu Membaca:
2020 tahun kelapan paling panas dalam rekod S'pura

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 10:00PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 10:03PM

SINGAPURA: Purata suhu tahunan Singapura pada 2020 adalah 28 darjah Selsius, iaitu 0.5 darjah Selsius lebih tinggi berbanding purata jangka panjang, sekali gus menjadikannya tahun kelapan paling panas pernah direkodkan sejauh ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Dalam kenyataan medianya pada Selasa (19 Jan) yang memperincikan iklim Singapura pada 2020, MSS turut mendedahkan bahawa lima bulan pertama 2020 adalah lebih panas daripada paras purata, namun suhu pada bulan Jun dan September adalah lebih dingin daripada paras purata di merata negara.

Ketibaan keadaan cuaca yang lebih dingin pada bulan Jun menamatkan rekod cuaca lebih panas daripada suhu purata selama 28 bulan berturut-turut yang bermula sejak Februari 2018, menurut kenyataan tersebut.

Sungguhpun demikian, 2020 masih disenaraikan sebaris dengan 2015, 2016 dan 2019 sebagai antara empat daripada 10 tahun paling panas, dari segi suhu purata di Singapura sejak suhu mula dicatatkan pada 1929.

Menurut MSS, trend suhu Singapura bagi 2020 "berbeza sedikit" berbanding trend-trend global.

Di peringkat global, 2020 adalah salah satu daripada tiga tahun paling panas pernah dicatatkan dan bagi tempoh sedekad yang lalu, iaitu antara 2011 dengan 2020, menjadikan tempoh tersebut sebagai dekad paling panas pernah dicatatkan.

Di Singapura pula, suhu purata bagi tempoh antara 2011 hingga 2020 adalah 27.94 darjah Selsius, rendah sedikit berbanding tempoh antara 2010 dengan 2019 yang mencatatkan suhu 27.95 darjah Selsius.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan