Images
  • chij
    Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh). (Gambar: Google Street View)

200 pelajar Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) jatuh sakit tunjukkan simptom keracunan makanan

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat kemungkinan punca keracunan makanan di Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) selepas sekitar 200 pelajarnya menunjukkan tanda-tanda sakit perut.

MOH menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan pada Khamis lalu (19 Jul) "mengenai satu insiden keracunan makanan" di sekolah berkenaan. Semalam (20 Jul), sekitar 200 pelajar sekolah itu menunjukkan simptom-simptom gastrousus, dikenali juga sebagai sistem penghadaman tambah MOH.

"Siasatan masih dijalankan bagi menentukan kemungkinan punca insiden itu," menurut MOH dalam responsnya kepada Mediacorp.

Simptom-simptom gastrousus termasuk sakit perut, cirit-birit dan rasa mual.

Namun, tidak ada pelajar yang dimasukkan ke hospital dan sebilangan besar daripada mereka sudah kembali ke sekolah. Demikian menurut pengetua sekolah tersebut, Cik Karen Tay.

Tambah Cik Tay, sebagai langkah berjaga-jaga, bilik-bilik darjah para pelajar yang terjejas serta tandas-tandas sekolah sudahpun dibersihkan.

- CNA/HS/hs

Top