Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200 orang disiasat polis atas penipuan, pengubahan wang haram

Polis sedang menyiasat hampir 200 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan dan pengubahan wang haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2020 02:49PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 09:07PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat hampir 200 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan dan pengubahan wang haram.

Ia hasil operasi penguatkuasaan polis selama dua minggu.

Mereka yang disyaki berusia antara 16 dengan 63 tahun dan dipercayai terlibat dalam hampir 450 kes penipuan.

Hampir kesemuanya adalah kes penipuan e-dagang dan wang para mangsa yang ditipu bernilai lebih setengah juta dolar.

Jika didapati bersalah terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga setengah juta dolar.
 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan