Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200 keluarga kurang bernasib baik manfaatkan program makanan sihat HPB

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengadakan satu program makan lebih sihat bagi golongan kurang bernasib baik di kawasan Kembangan-Chai Chee. Kira-kira 200 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada program itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Mar 2019 10:58PM Dikemas Kini : 17 Mar 2019 11:08PM

SINGAPURA: Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengadakan satu program makan lebih sihat bagi golongan kurang bernasib baik di kawasan Kembangan-Chai Chee.

Program ujiannya dimulakan pada Januari lalu dan dijangkakan berterusan sehingga Jun ini.

Kira-kira 200 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada program itu.

Di bawah inisiatif itu, sebuah pasaraya sementara diadakan setiap bulan.

Ia menjual pelbagai barangan keperluan dan keluarga-keluarga bergaji rendah akan diberi potongan harga 50 peratus apabila berbelanja di pasaraya berkenaan.

Para sukarelawan terlatih pula akan membantu para pembeli cara membaca label-label makanan dan menggalakkan mereka membeli produk makanan yang lebih sihat.

Satu garis panduan juga diperkenalkan bagi pertubuhan-pertubuhan mengenai cara meningkatkan mutu khasiat makanan yang didermakan mereka.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin mendedahkan, mengupayakan golongan berpendapatan rendah mengamalkan pilihan pemakanan yang sihat menerusi perkongsian informasi adalah satu cara untuk menangani trend kesihatan yang "membimbangkan".

"Dan mereka yang tinggal di rumah sewa lebih kerap ke hospital. Jadi ini satu keadaan yang membimbangkan dan kami ingin membantu. Kami berfikir cara terbaik untuk membantu adalah untuk memberi informasi kepada mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang bijak, pilihan yang sihat," kata Encik Amrin.

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan