Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200,000 penduduk peringati Dwiabad Singapura di kejiranan: Persatuan Rakyat

Pertubuhan Akar Umbi Persatuan Rakyat akan memperingati Dwiabad Singapura dengan menganjurkan lebih 40 kegiatan masyarakat yang melibatkan lebih 200,000 penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
200,000 penduduk peringati Dwiabad Singapura di kejiranan: Persatuan Rakyat

Gambar fail Persatuan Rakyat. (Gambar: PA)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 01:23PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 01:24PM

SINGAPURA: Pertubuhan Akar Umbi Persatuan Rakyat akan memperingati Dwiabad Singapura dengan menganjurkan lebih 40 kegiatan masyarakat yang melibatkan lebih 200,000 penduduk.

Persatuan Rakyat (PA) pada Isnin (8 Apr) menyatakan bahawa kegiatan-kegiatan tersebut yang disokong Pejabat 200 Tahun Singapura (SBO) akan mengimbau kembali sejarah kaya negara ini.

Antara kegiatan yang akan dianjurkan termasuk jejak warisan, pameran bergerak dan pertunjukan seperti konsert dan drama hasil ilham dan dipentaskan para penduduk sendiri.

Pengarah kumpulan akar umbi Han Tan Juan berkata aktivi-aktiviti itu akan menyatukan warga Singapura dalam merenung sejarah mereka bersama dan lebih menghargai nilai-nilai yang dikongsi warga Singapura iaitu kepelbagaian budaya, keterbukaan dan semangat menentukan hala tuju sendiri.

"Banyak rakan kerja setempat dan di peringkat masyarakat juga mengikrarkan sokongan mereka dan bekerja rapat dengan pertubuhan-pertubuhan akar umbi kami untuk menjadikan kegiatan-kegiatan di kejiranan ini satu kenyataan," kata Encik Han.

Kesemua lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dengan kerjasama SBO juga akan menganjurkan satu siri Pameran Dwiabad Singapura di merata negara.

Siri tersebut bermula dengan Pameran Dwiabad@Tenggara, anjuran SBO dan CDC Tenggara dari 13 April hingga 21 April di Wisma Geylang Serai.

Pameran tesrebut akan memberi tumpuan kepada sumbangan pelbagai budaya dan masyarakat yang bersatu untuk membangunkan Singapura moden.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan