Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200,000 pekerja asing di dormitori terima hidangan istimewa Hari Raya

200,000 pekerja asing yang menetap di dormitori menerima hidangan tengah hari istimewa pada Ahad (24 Mei) sempena Hari Raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2020 05:42PM Dikemas Kini : 25 May 2020 01:09AM

SINGAPURA: 200,000 pekerja asing yang menetap di dormitori dijamu hidangan tengah hari istimewa pada Ahad (24 Mei) sempena Hari Raya.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan sajian istimewa itu adalah hasil kerja sama Pasukan Bertindak Berbilang Agensi (ITF), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Dewan Perusahaan dan Perdagangan Melayu Singapura (DPPMS) bertujuan untuk membawa keceriaan Syawal bersama pekerja asing.

Antara hidangan istimewa yang dikongsi bersama pekerja itu adalah beriani kambing dan nasi 'chicken chop'.

Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad turut turun padang ke Woodlands Dormitory untuk mengagihkan hidangan istimewa berserta kuih-muih kepada para pekerja.

"Sebagai satu masyarakat Islam di Singapura, kita bersama-sama menyambut Aidilfitri bersama mereka sebagai satu masyarakat," kata Encik Zaqy.

SOKONG PEKERJA ASING, SOKONG PENIAGA DARI RUMAH

Selain hidangan istimewa Hari Raya, para pekerja di 58 lokasi termasuk dormitori, kilang yang disesuaikan menjadi dormitori dan kuarters di tapak binaan turut menerima kejutan berbentuk hadiah kuih Raya.

Lebih istimewa lagi, kuih tersebut dihasilkan di lima dapur pusat dengan bantuan 15 peniaga makanan dari rumah.

Menurut MOM, daya usaha itu dibiaya sebahagiannya dari derma orang ramai menerusi masjid-masjid dan 16 badan setempat.

Dengan penutupan masjid dan tiadanya solat jemaah ekoran COVID-19, para pekerja asing bersembahyang di bilik masing-masing, selain mengikuti khutbah yang disampaikan Mufti Negara menerusi saluran YouTube SalamSG TV. Khutbah disampaikan dengan sari kata bahasa Benggali.

Para pekerja yang berbahasa Tamil pula dapat mengikuti khutbah sama menerusi laman-laman Facebook masjid-masjid tertentu dan stesen radio internet berbahasa Tamil, Bisme Radio.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan