Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 warga tua 'tetamu khas' Istana; beramah mesra dengan Presiden Halimah

Istana membuka pintunya kepada beberapa tetamu khas pada Jumaat (24 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2019 08:05PM Dikemas Kini : 25 May 2019 02:06AM

SINGAPURA: Istana membuka pintunya kepada beberapa tetamu khas pada Jumaat (24 Mei).

Seramai 20 penghuni Rumah Rawatan Warga Tua Thong Teck melawat kebun dan taman di Istana, anjuran Pasukan Belia Singapura.

Sepanjang lawatan itu, para penghuni rumah rawatan tersebut ditemani sekumpulan relawan belia.

Di kebun rempah ratus, mereka berpeluang mempelajari tentang pelbagai pokok herba dan rempah ratus yang ditanam di situ daripada para kakitangan Lembaga Taman Negara (NParks).

Presiden Halimah Yacob, yang merupakan penaung Pasukan Belia Singapura, juga hadir untuk beramah mesra dengan mereka.

Lawatan itu adalah yang kedua dianjurkan badan sukarelawan itu di bawah program "Garden Tours @ Istana", yang dimulakan oleh Presiden Halimah sendiri untuk menjadikan Istana lebih mudah diakses oleh rakyat.

Sumber : CNA/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan