Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 kes baru COVID-19 di S'pura hari ini, termasuk 1 dalam masyarakat

Singapura melaporkan 20 kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari ini (19 Apr), termasuk satu kes dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
20 kes baru COVID-19 di S'pura hari ini, termasuk 1 dalam masyarakat

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 04:06PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 04:07PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 20 kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari ini (19 Apr), termasuk satu kes dalam masyarakat.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) tiada kes baru dikesan di dormitori-dormitori pekerja hijrahan.

Baki 19 kes baru diimport dan dikenakan NotisJangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Ini adalah hari keempat berturut-turut kes baru COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan.
Perincian kes akan didedahkan oleh MOH malam ini nanti.

Sehingga Isnin, Singapura melaporkan 60,851 kes COVID-19 dan 30 kematian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan