Images
  • halimah (7)

20 kanak-kanak Persatuan Kanak-Kanak S'pura Sunbeam Place berkelah di Istana

SINGAPURA: Sekitar 20 kanak-kanak dari Persatuan Kanak-Kanak Singapura Sunbeam Place diundang untuk berkelah di pekarangan Istana hari ini (13 Jun).

Ia sebahagian daripada siri Picnic@Istana yang dimulakan Presiden Halimah Yacob untuk menjadikan kawasan Istana lebih terbuka kepada rakyat tempatan.

Keadaan hujan siang tadi juga tidak melunturkan semangat kanak-kanak tersebut yang berkelah di pekarangan Istana.

Mereka berhibur dengan persembahan nyanyian dan pertunjukan silap mata sambil disertai Presiden Halimah.

Kanak-kanak itu yang berusia antara tujuh hingga 15 tahun, merupakan golongan mendapat manfaat daripada Sunbeam Place, sebuah rumah perlindungan bagi kanak-kanak mangsa penderaan dan pengabaian.

Ia merupakan sesi berkelah kedua yang dianjurkan tahun ini.

- CNA/HA/na

Top