Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 dikerah cari babi hutan selepas 2 orang cedera diserang

Menyusuli kejadian serangan babi hutan yang berlaku pada Sabtu (20 Feb), 20 orang lelaki dikerahkan untuk mencari haiwan tersebut, kata Anggota Parlimen Punggol West Sun Xueling.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Feb 2021 11:03AM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 11:43PM

SINGAPURA: Menyusuli kejadian serangan babi hutan yang berlaku pada Sabtu (20 Feb), 20 orang lelaki dikerahkan untuk mencari haiwan tersebut, kata Anggota Parlimen Punggol West Sun Xueling.

"Saya bersimpati ke atas dua orang yang cedera setelah diserang seekor babi hutan di Punggol pada malam semalam, kata Cik Sun dalam satu catatan Facebook pada Ahad (21 Feb).

"Saya harap mereka segera pulih dan juga akan pulih daripada trauma kejadian tersebut."

Cik Sun berkata beliau sudah berhubung dengan NParks dan polis sejak malam semalam dan kedua-dua pihak menyediakan perkembangan terkini sepanjang hari.

Beliau menambah bahawa kumpulan lelaki itu terus mencari babi hutan tersebut bagi memastikan ia tidak mendekati para penduduk. Cik Sun tidak mendedahkan siapa 20 lelaki tersebut atau dari pertubuhan mana.

Beberapa tanda diletakkan di sekitar kawasan terusan itu oleh NParks untuk menasihati para penduduk tentang apa yang patut mereka lakukan jika menemui seekor babi hutan, katanya.

Mediacorp sudah menghubungi Cik Sun dan SCDF bagi maklumat lanjut.

Empat orang didenda pada Januari kerana memberi makan kepada babi hutan di Lorong Halus, tidak jauh dari sebuah taman di Pasir Ris di mana satu serangan babi hutan berlaku pada tahun lalu.

Orang awam yang menemui babi hutan boleh menghubungi Pusat Respons Haiwan NParks di 1800-476-1600.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan