Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 anak titipan, 17 ibu bapa titipan terima pengiktirafan sempena perasmian PPIS Oasis

Seramai 20 anak titipan diberi pengiktirafan atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik hari ini (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 20 anak titipan diberi pengiktirafan atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik hari ini (20 Jan).

Seramai 17 ibu bapa titipan juga diberi penghargaan atas usaha murni mereka dalam satu majlis sempena perasmian pusat titipan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Oasis.

CIK HAWA BEE BESARKAN 3 ANAK TITIPAN

Membesarkan tiga anak titipan sejak 18 tahun lalu, yang mana dua daripada mereka mengalami masalah kelengahan pada proses pembangunan mereka.

Inilah pengorbanan Cik Hawa Bee Mohamed Hussain dalam memastikan tiga adik-beradik kandung tersebut dibesarkan dalam sekitaran yang baik dan selamat.

Berkat sifat gotong-royong yang turut dipamerkan anak perempuannya, Cik Hawa Bee dan suami beliau Encik Abdul Rahim Moidin melahirkan rasa syukur menjadi antara 17 ibu bapa titipan yang diberi pengiktirafan hari ini.

"Memang ada banyak cabaran tapi kita banyak bersabar. Alhamdulillah mudah-mudahan saya ingat biarlah ramai orang dapat membantu untuk beri penuh kasih sayang kepada merekalah," kata beliau, yang menerima Anugerah 'Kampung Spirit'.

Ini juga kali pertama Anugerah 'Booster' disampaikan kepada ibu bapa titipan baru, yang menjaga anak titipan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

PPIS OASIS KINI MILIKI LOKASI TETAP

Majlis penyampaian anugerah ini diadakan di Citizen Farm sempena pelancaran pusat titipan PPIS Oasis yang dirasmikan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

PPIS Oasis yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2017, kini sudah berpindah ke lokasi tetap di Blk 41 Chai Chee Street.

Dr Faishal menarik perhatian kejayaan anak titipan hasil kasih sayang dan sokongan ibu bapa titipan yang melindungi dan mendidik mereka, selaras dengan tujuan PPIS untuk mewujudkan sekitaran rumah yang stabil dan selamat.

MEMBANTU BAK TANAH SUBUR BERAIR DI PADANG PASIR

Pengurus Pusat PPIS Oasis, Cik Noor Aaqilah Abdul Latiff berkata: "Pusat kami berharap dapat memupuk mereka dan seperti pusat kami, ibu bapa titipan kami juga akan membantu mereka pulih dan mendidik mereka, sebagaimana tanah subur yang mempunyai air membantu di padang pasir."

PPIS Oasis menawarkan program dan bengkel terapi bagi kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak titipan.

Kanak-kanak titipan di bawah PPIS Oasis juga boleh menjangkakan lebih banyak kegiatan di luar rumah bagi terus menyokong pembangunan mereka pada masa depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan