Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 warga tua terjatuh dalam terusan Macpherson, misi menyelamat dramatik dijalankan

Seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita 70 tahun berjaya diselamatkan setelah kedua-duanya terjatuh ke dalam terusan berdekatan Macpherson Lane di tengah-tengah hujan lebat.

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga tua terjatuh dalam terusan Macpherson, misi menyelamat dramatik dijalankan

Para pegawai SCDF menyelamatkan 2 warga tua yang terjatuh ke dalam terusan Macpherson. (Gambar: Darren Colin Goh)

Diterbitkan : 04 May 2018 06:09PM Dikemas Kini : 04 May 2018 06:14PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita 70 tahun berjaya diselamatkan setelah kedua-duanya terjatuh ke dalam terusan berdekatan Macpherson Lane di tengah-tengah hujan lebat.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan sekitar pukul 5.10 petang semalam (3 Mei) tentang dua individu yang terjatuh ke dalam terusan, yang terletak di sebelah Blok 83 Macpherson Lane.

Sekalipun begitu, masih tidak jelas bagaimana kedua-dua warga tua itu terjatuh, memandangkan terdapat hadangan di sepanjang terusan tersebut.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan air yang sedang naik di terusan Macpherson pada ketika itu.

Gambar-gambar lain pula menunjukkan para pegawai SCDF mencampakkan boya kepada wanita berkenaan dan menurunkan tangga ke dalam terusan supaya kedua-dua dapat naik dengan selamat.

Wanita itu kemudian dilihat diletakkkan di atas usungan. Tidak jelas sama ada kedua-duanya ada kaitan atau hubungan.

Menurut SCDF, mereka dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan sedar.

Petang semalam, Jabatan Meteorologi Singapura memberi amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Singapura.

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan