Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 warga asing diberkas; bekerja dengan Deliveroo, Foodpanda secara haram

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menggesa syarikat-syarikat penghantaran makanan supaya melakukan lebih lagi bagi mencegah penyalahgunaan akaun setelah dua warga asing didapati bekerja sebagai penghantar makanan secara haram di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga asing diberkas; bekerja dengan Deliveroo, Foodpanda secara haram

Gambar fail. (Reuters & TODAY)

Diterbitkan : 16 May 2019 03:19PM Dikemas Kini : 16 May 2019 03:25PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menggesa syarikat-syarikat penghantaran makanan supaya melakukan lebih lagi bagi mencegah penyalahgunaan akaun setelah dua warga asing didapati bekerja sebagai penghantar makanan secara haram di negara ini.

Kedua-dua lelaki warga Malaysia itu datang ke Singapura menggunakan Pas Lawatan Sosial dan menggunakan akaun-akaun Deliveroo dan Foodpanda milik rakyat Singapura.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (16 Mei) MOM menyatakan pihaknya sudah melancarkan siasatan terhadap kedua-dua syarikat penghantaran itu. Kedua-dua lelaki itu diberkas secara berasingan berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Salah seorang lelaki itu, 24 tahun, ditangkap semasa operasi selama empat jam di 313@Somerset pada 25 April, menurut MOM.

Siasatan awal menunjukkan bahawa dia menggunakan akaun Deliveroo rakannya, seorang rakyat Singapura untuk menerima tempahan makanan. Rakannya itu dipercayai menerima sebahagian daripada hasil pendapatannya.

MOM kemudian menjalankan operasi susulan antara 30 April dengan 7 Mei di Plaza Singapura, Malacca Street (dekat Raffles Place), Tanglin Mall, Novena Square, Pusat Beli-Belah Nex dan Ang Mo Kio Hub, yang membawa kepada pemberkasan lelaki kedua berusia 21 tahun.

“Dia didapati menggunakan akaun-akaun Foodpanda dan Deliveroo milik rakyat Singapura yang menggajikannya secara haram bagi pekerjaan itu, menurut MOM.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Deliveroo menyatakan pihaknya "tidak bertolak ansur sama sekali terhadap perkara itu dan memandang serius terhadap perkara sedemikian".

"Kesemua penghantar yang bekerja dengan Deliveroo berhak untuk bekerja di Singapura. Kami menghendaki semua penghantar memegang kerakyatan Singapura atau status penduduk tetap."

Para penghantar yang diambil bekerja oleh Deliveroo mesti menjalani pemeriksaan sebelum diberi tugas, dan para penghantar yang mengambil penunggang ganti perlu bertanggungjawab berdasarkan kontrak untuk memastikan kelayakan penggantinya itu," kata seorang jurucakap.

Dalam kenyataannya, MOM mengingatkan bahawa warga asing yang ingin bekerja di Singapura mesti mendapatkan pas kerja yang sah.

Antara 2016 hingga 2018, sekitar 900 pemegang pas lawatan sosial dikenakan tindakan kerana bekerja di negara ini secara haram, sementara lagi 500 majikan dikenakan tindakan kerana menggajikan mereka.

Mereka yang didapati bekerja tanpa pas kerja yang sah, dan juga mereka yang membantu melakukan kesalahan itu boleh didenda hingga S$20,000 atau dipenjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Warga asing yang disabit kesalahan juga akan dilarang daripada memasuki dan bekerja di Singapura.

Para majikan pekerja haram boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya S$5,000 tetapi tidak melebihi S$30,000 atau hukuman penjara hingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan