Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 wanita diberkas kerana import, miliki minyak wangi dan produk kecantikan tiruan bernilai S$800,000

Dua wanita diberkas kerana mengimport dan memiliki minyak wangi serta produk kecantikan tiruan bernilai lebih S$800,000, menurut pihak berkuasa Singapura pada Selasa (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita diberkas kerana import, miliki minyak wangi dan produk kecantikan tiruan bernilai S$800,000

Antara beberapa barangan yang disita semasa operasa 19 jam. (Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 12:11PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 12:13PM

SINGAPURA: Dua wanita diberkas kerana mengimport dan memiliki minyak wangi serta produk kecantikan tiruan bernilai lebih S$800,000, menurut pihak berkuasa Singapura pada Selasa (20 Ogos).

Kedua-dua suspek berusia 21 dan 23 tahun, menurut kenyataan media bersama oleh polis dan Kastam Singapura.

Pada 25 Julai, para pegawai kastam memeriksa kiriman lebih 200 produk kecantikan dan botol minyak wangi yang dipercayai adalah tiruan.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah, yang melakukan serbuan pada 6 Ogos di Tampines North Drive dan Sunview Road.

Menurut pihak berkuasa, suspek-suspek diberkas dalam satu operasi selama 19 jam.

Para pegawai juga menyita lebih 16,000 produk kecantikan dan minyak wangi tiruan, dicap dengan tanda dagangan yang disalahgunakan.

Barang-barang yang disita bernilai lebih S$800,000. (Gambar: SPF)

Barang-barang yang disita bernilai lebih S$800,000. (Gambar: SPF)

Hasil siasatan mendedahkan barang-barang tiruan tersebut adalah untuk penjualan online.

Menurut kenyataan itu: "Pihak berkuasa memandang serius terhadap pelanggaran hak intelektual (IPR) dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang menunjukkan pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang IPR Singapura".

Mereka yang didapati bersalah mengimport, memiliki atau mengedar barangan yang ditanda dengan jenama yang disalahgunakan bagi tujuan niaga boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga S$100,000.

Siasatan sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan