Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 suspek diberkas kerana nyalakan mercun dekat Little India

Dua lelaki diberkas kerana dituduh menyalakan mercun merbahaya, menurut pihak polis dalam satu kenyataan pada Selasa (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
2 suspek diberkas kerana nyalakan mercun dekat Little India

Petikan video menunjukkan cahaya mercun dekat Little India (Gambar: Petikan video Facebook/SG Road Vigilante)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 10:04PM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 10:07PM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana dituduh menyalakan mercun merbahaya, menurut pihak polis dalam satu kenyataan pada Selasa (6 Nov).

Suspek yang masing-masing berusia 29 dan 32 tahun, ditangkap apabila seorang pegawai polis melihat cahaya mercun itu di Gloucester Road dekat Little India pada tengah malam Selasa.

Kedua-dua lelaki itu dikenal pasti dan diberkas pada hari yang sama. Siasatan sedang dijalankan.

Jika didapati bersalah menyalakan mercun merbahaya, mereka boleh didenda antara S$2,000 hingga S$10,000 dan dipenjara sehingga dua tahun.

Penggunaan mercun diharamkan di Singapura sejak 1972 di bawah Akta Mercun Merbahaya. Pengecualian diberi bagi acara-acara tertentu apabila langkah-langkah keselamatan sewajarnya diambil.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan