Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 remaja ditangkap kes penipuan bayaran melibatkan syarikat kereta sewa privet dan teksi

Dua remaja diberkas dalam kes penipuan kad pembayaran berasingan melibatkan sebuah syarikat khidmat kereta sewa privet dan sebuah syarikat teksi, menurut polis pada Khamis (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
2 remaja ditangkap kes penipuan bayaran melibatkan syarikat kereta sewa privet dan teksi

Dua telefon bimbit dan enam kad debit yang dirampas polis. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 09:55AM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 10:06AM

SINGAPURA: Dua remaja diberkas dalam kes penipuan kad pembayaran berasingan melibatkan sebuah syarikat khidmat kereta sewa privet dan sebuah syarikat teksi, menurut polis pada Khamis (7 Nov).

Pihak berkuasa menyatakan ia menerima laporan pada 29 Oktober, mengenai sebuah syarikat teksi yang tidak dapat menerima bayaran daripada beberapa akaun pengguna bagi perjalanan yang ditempah.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun membuka akaun-akaun tersebut dengan syarikat teksi itu dan menggunakan kad-kad debit yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk menempah perjalalan-perjalanan tersebut.

Dia ditangkap pada Rabu (6 Nov). Sebuah telefon bimbit dan empat kad bank turut dirampas.

Dalam kes kedua pula, polis menerima maklumat mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menipu sebuah syarikat khidmat kereta sewa privet.

Siasatan awal mendapati dia membuka beberapa akaun pengguna dengan syarikat itu dan menggunakan kad-kad prabayar yang tidak mempunyai jumlah wang mencukupi untuk menempah perjalanan.

Dia ditangkap pada Khamis (7 Nov). Sebuah telefon bimbit dan dua kad bank turut dirampas.

"Dalam kes-kes tersebut, kedua-dua remaja itu dipercayai membuat tempahan bagi pihak penumpang lain dan mengenakan bayaran ke atas para penumpang ini pada kadar lebih murah berbanding kadar pasaran," menurut polis.

"Kedua-dua remaja kemudian meminta mereka membuat bayaran bagi perjalanan tersebut berjumlah lebih AS$1,000 (S$1,360) bagi kes pertama dan lebih AS$1,100 (S$1,490) bagi kes kedua, langsung ke dalam akaun-akaun bank mereka."

Siasatan sedang dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah mengakses bahan-bahan komputer tanpa kebenaran boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan