Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 rekod S'pura tercipta bagi menaip dalam bahasa Tamil

Dua rekod Singapura tercipta bagi acara menaip dalam bahasa Tamil. Percubaan tersebut diadakan di Politeknik Singapura, anjurkan unit berita Tamil Mediacorp, TamilSeithi.

Anggaran Waktu Membaca:
2 rekod S'pura tercipta bagi menaip dalam bahasa Tamil

Hampir 500 peserta bergabung untuk pecah rekod S'pura bagi menaip mesej bahasa Tamil paling banyak dan dalam masa terpantas.

Diterbitkan : 10 Oct 2019 06:50PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 06:56PM

SINGAPURA: Dua rekod Singapura tercipta bagi acara menaip dalam bahasa Tamil. Percubaan tersebut diadakan di Politeknik Singapura, anjurkan unit berita Tamil Mediacorp, TamilSeithi.

Acara itu adalah sebahagian daripada usaha TamilSeithi untuk mendampingi masyarakat Tamil dan menggalak penggunaan bahasa itu sebagai bahasa ibunda.

Rekod bagi "jumlah mesej bahasa Tamil paling banyak dikirimkan pada satu-satu masa" dicapai dengan pelibatan hampir 500 peserta.

Satu sijil juga diberikan Buku Rekod Singapura bagi "masa terpantas menaip mesej bahasa Tamil dalam telefon bimbit".

Masa yang dicatat ialah sekitar 1 minit setengah.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan