Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 rakyat Nigeria didakwa atas penipuan cinta Internet

Dua lelaki rakyat Nigeria akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (14 Mei) kerana didakwa merekrut dua wanita rakyat Singapura dalam satu penipuan cinta Internet.

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakyat Nigeria didakwa atas penipuan cinta Internet

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 13 May 2019 10:53PM Dikemas Kini : 13 May 2019 10:55PM

SINGAPURA: Dua lelaki rakyat Nigeria akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (14 Mei) kerana didakwa merekrut dua wanita rakyat Singapura dalam satu penipuan cinta Internet.

Kes ini juga merupakan kali pertama suspek dari luar negara terlibat dalam penipuan cinta Internet yang diberkas dan diheret ke Singapura untuk didakwa, menurut polis dalam kenyataan medianya.

Kedua-dua lelaki itu berusia 34 dan 37 tahun dan mereka dipercayai terbabit dengan sindiket penipuan cinta Internet di Afrika, menurut polis.

Mereka berdua dipercayai merekrut wanita sebagai keldai wang untuk mengumpul wang hasil kegiatan jenayah yang ada kaitan dengan penipuan sedemikian di Singapura antara 2017 hingga 2018.

"Kedua-dua wanita didakwa menerima sekurang-kurangnya S$85,700 daripada para mangsa di Singapura, lalu menyalurkan wang haram itu dengan menyerahkannya kepada para anggota sindiket di Malaysia," tambah polis.

Pada 16 Apr, kedua-dua lelaki tersebut diberkas di Kuala Lumpur dengan bantuan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dari Polis Diraja Malaysia.

Mereka dibawa ke Singapura pada Isnin dan akan didakwa dengan tuduhan membantu orang lain untuk menerima harta yang dicuri, menurut polis.

Jika sabit kesalahan, suspek-suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda.

Pada tahun lalu, sekitar 660 kes penipuan cinta Internet dilaporkan Singapura di mana para mangsa ditipu sekurang-kurangnya S$27.5 juta dolar.

Pengarah Jabatan Ehwal Komersil David Chew berkata, kes itu mencerminkan "hubungan kukuh" antara pasukan polis Singapura dengan Malaysia dalam membanteras jenayah rentas sempadan.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan